ARTIKEL

Keadaan rumah terbabit selepas api berjaya dipadamkan oleh penghuninya.

Kebakaran kecil berjaya dipadamkan sebelum keadaan bertambah buruk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: kebakaran kecil yang melibatkan sebuah rumah papan di No. 55, Jalan Poh Yew, di sini hari ini berjaya dipadamkan sebelum api merebak dengan lebih buruk lagi, dan tiada kecederaan kepada penghuni rumah dilaporkan.

Kebakaran menyebabkan kerosakan sekitar 30 peratus pada bahagian dinding dan siling rumah berukuran 30×40 kaki tersebut.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihak bomba menerima panggilan kecemasan tentang kebakaran itu pada jam 11.44 pagi, dan tiba di lokasi pada jam 11.50 pagi, lima minit selepas panggilan diterima.

Menurutnya lagi, sebelum kedatangan pasukan bomba, penghuni rumah yang terdiri daripada tiga orang berjaya memadamkan api menggunakan dua unit alat pemadam api yang ada di rumah tersebut.

Komander Operasi, PBK II Omar Ali Saifuddin Enton, yang mengetuai pasukan bomba, turut memastikan tiada punca kebakaran yang masih aktif di lokasi kejadian.

Pasukan bomba, yang terdiri daripada 12 anggota bersama tiga jentera, termasuk jentera FRT, EMRS, dan Hilux, menjalankan tugas pemadaman dan pembersihan di lokasi kejadian.

Keadaan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.35 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, PKPgB Suna Kaha, turut hadir di lokasi kejadian untuk memantau perkembangan operasi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU