Kecuali temu janji pesakit kanser, ibu mengandung dan gigitan anjing, Klinik Pakar Hospital Sibu tidak terima pesakit

SIBU: Bagi makluman kepada orang awam, semua Perkhidmatan Klinik Pakar Hospital Sibu akan ditangguhkan kecuali kes klinik gigitan anjing, temujanji ibu mengandung dan temujanji bagi pesakit kanser.
Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu berkata, ini berhubung dengan keperluan kakitangan kesihatan
untuk penjagaan pesakit COVID-19 di wad.
“Dengan ini, pihak Klinik Pakar memohon kerjasama pesakit yang ada mempunyai temujanji di Klinik Pakar Hospital Sibu untuk membuat temujanji semula dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan
berkaitan Temujanji Klinik Pakar Hospital Sibu sila hubungi talian
084-343333 sambungan 1173 atau 6621 atau 01113317363, 01120615320 atau 01120615290 (untuk WhatsApp Sahaja).
Jelas beliau lagi, untuk membuat temujanji semula bagi Klinik Pakar Psikiatrik sila hubungi 084-343333 sambungan 1013 atau WhatsApp di talian 0178431765.
“Membuat temujanji semula bagi Klinik Pakar Mata sila hubungi talian 084-343333 sambungan 1008 dan pertanyaan urusan bekalan ubat pesakit Klinik Pakar Hospital Sibu sila hubungi 084-343333 sambungan 1177 manakala 01165201011 (untuk WhatsApp sahaja),” katanya dalam satu kenyataan hari ini (Khamis).
Bagi kehadiran ahli keluarga yang terlibat dalam upacara pengurusan jenazah di Rumah Mayat Hospital Sibu, tegas beliau, ia terhad kepada 10 orang sahaja.
“Pihak Hospital Sibu memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami disebabkan penangguhan temujanji klinik pakar Hospital Sibu.
“Pihak kami memohon kerjasama dari semua masyarakat dalam membendung wabak COVID-19,” tambah Dr Nanthakumar.