ARTIKEL

Keadaan kedai serbaneka di Jalan Green Road yang terbakar 35 peratus malam tadi.

Kedai serbaneka terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah kedai serbaneka di Jalan Green Road di sini terbakar 35 peratus dalam kejadian malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.19 malam sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kebakaran di bahagian hadapan kedai dan merebak ke bahagian tengah,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak melakukan pemadaman dan api berjaya dikawal pada 8.30 malam.

Punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU