ARTIKEL

David Gamble dan Dr. Veronica Lugah pada majlis penyerahan peralatan perubatan | Foto: Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat

Kedutaan AS Sumbang Peralatan Perubatan kepada Doktor Udara Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perkhidmatan kesihatan untuk komuniti pedalaman diperkukuh apabila Perkhidmatan Doktor Udara Sarawak menerima sumbangan pelbagai peralatan perubatan daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Chargé d’Affaires David “Chip” Gamble berkata, Amerika Syarikat komited untuk menyokong usaha Sarawak dalam memperluaskan akses rawatan kesihatan di kawasan luar bandar.

“Antara peralatan yang disumbangkan termasuklah mesin ultrabunyi mudah alih, pemekat oksigen mini, beg perubatan khas, nebulizer, defibrilator luaran automatik (AED), monitor tanda vital, penimbang digital, termometer imbas dan peti sejuk,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sumbangan ini mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Sarawak dan mengukuhkan hubungan jangka panjang dengan Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sarawak Dr. Veronica Lugah menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan dan menegaskan sumbangan ini akan meningkatkan keberkesanan pasukan perubatan dalam memberikan rawatan kecemasan di kawasan terpencil.

Majlis penyerahan tersebut telah berlangsung di Hangar Layang-Layang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan disempurnakan oleh David bersama Dr. Veronica.

Perkhidmatan Doktor Udara yang ditubuhkan sejak 1973 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menjadi nadi penyampaian rawatan ke kawasan yang tidak dapat diakses melalui jalan darat atau sungai selain menyediakan pengangkutan untuk pesakit kritikal.

Sumbangan ini merupakan fasa kedua daripada pakej bernilai RM250,000 yang turut melibatkan Sabah dan Sarawak.

Pada 29 Mei lalu peralatan serupa telah disalurkan kepada Perkhidmatan Doktor Udara Sabah di Kota Kinabalu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU