ARTIKEL

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Najarudin Nedri menerima cendermata sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026M Zon Tengah di Dewan Masyarakat Kampung Belawai.

Kefahaman undang-undang keluarga Islam elak pertikaian masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Masyarakat Islam diingatkan supaya memahami hak dan tanggungjawab masing-masing berkaitan perceraian, kebajikan anak-anak serta pembahagian harta pusaka bagi mengelakkan pertikaian dan masalah perundangan pada masa hadapan.

Ketua Hakim Syarie Sarawak, Datuk Awang Suhaili Ledi berkata, kefahaman terhadap undang-undang keluarga Islam amat penting supaya setiap urusan berkaitan kekeluargaan dan harta pusaka dapat diselesaikan berdasarkan ketetapan Hukum Syarak serta peruntukan undang-undang.

Katanya, pasangan yang berdepan kemelut rumah tangga disarankan mendapatkan pandangan daripada pihak berkuasa berkaitan, selain memastikan hak serta kebajikan anak-anak terus diberikan perhatian walaupun berlaku perpisahan.

“Perkara ini amat penting mengelakkan perselisihan berpanjangan, manakala waris perlu mengambil langkah awal dengan melengkapkan dokumen serta maklumat berkaitan harta pusaka bagi memudahkan urusan pembahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Najarudin Nedri pada Majlis Penangguhan Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026M Zon Tengah di Dewan Masyarakat Kampung Belawai, di sini, hari ini.

Katanya, penganjuran program seumpama itu turut menyumbang kepada matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dalam membentuk masyarakat yang harmoni, inklusif dan yakin terhadap sistem keadilan melalui peningkatan kesedaran tentang perundangan Syariah.

Seminar anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) itu memberi fokus kepada tiga perkara utama, iaitu proses pembubaran perkahwinan, hak serta kebajikan selepas perceraian dan prosedur pengurusan harta pusaka umat Islam, selain memberi peluang kepada peserta mendapatkan penerangan daripada agensi berkaitan termasuk Mahkamah Syariah, Pejabat Daerah serta Jabatan Tanah dan Survei.

Dalam program yang sama, Ziarah Mahabbah bertemakan ‘Ummah Maju Makmur’ turut menyantuni masyarakat setempat menerusi penyerahan bakul makanan kepada lima penerima.

BERITA LAIN

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri