ARTIKEL

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kehadiran Presiden PDP Dalam Kempen Di Johor Atas Kapasiti Peribadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kehadiran Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing, dalam satu majlis kempen politik di Johor adalah atas kapasiti peribadinya dan tidak mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahupun Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.

Ketua Penerangan PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kehadiran Ahli Parlimen Bintulu itu tidak mempunyai sebarang kaitan, secara langsung atau tidak langsung dengan GPS yang kekal berpegang kepada prinsip tidak mencampuri urusan pilihan raya di negeri lain.

Beliau berkata, pihaknya hanya menyedari kehadiran Tiong pada majlis berkenaan selepas dimaklumkan laporan yang disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan.

“Kehadiran beliau tiada kaitan langsung atau tidak langsung dengan GPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, sebarang spekulasi yang mengaitkan GPS dengan aktiviti kempen politik berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Untuk rekod, Johor kini berada dalam tempoh kempen PRN selepas DUN negeri itu dibubarkan pada 1 Jun lalu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira