ARTIKEL

KEJOHANAN ANGKAT BERAT ANTARA PUSAT LATIHAN 2025 Sibu muncul juara keseluruhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Sibu melakar sejarah sebagai juara keseluruhan Kejohanan Angkat Berat Antara Pusat Latihan Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang berakhir sebentar tadi.

Kejohanan edisi ke-8 berlangsung selama empat hari (10-13 Jun) di Dewan Serbaguna Kampung Sukan Sarawak, Petra Jaya. Pasukan dari zon tengah itu meraih 11 pingat terdiri daripada 6 emas, 3 perak, dan 2 gangsa.

Sementara itu, pasukan Kanowit menduduki tempat kedua dengan 15 pingat keseluruhan iaitu 4 emas, 7 perak, dan 4 gangsa.

Pasukan Subis pula berpuas hati di tempat ketiga dengan 9 pingat keseluruhan termasuk 4 emas, 3 perak, dan 2 gangsa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan.

Sebanyak tujuh pasukan menyertai kejohanan ini. Empat pasukan lain yang turut serta ialah Miri, Sarikei, Kuching dan Limbang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU