KUCHING: Pengalaman cukup berharga diperoleh pemain skuad bola jaring wanita Sarawak disebalik pembabitan mereka dalam Kejohanan Bola Jaring Wanita Kebangsaan Ke-44 2023.
Kejohanan empat hari (5 hingga 8 Oktober) yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara Kuala Lumpur itu turut disertai ramai pemain handalan, pengalaman dan bekas pemain yang pernah mewakili negara.
Apatah lagi rata-rata pemain yang mewarnai skuad Sarawak pertama kali beraksi di pentas kompetitif.
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan menegaskan, pengalaman cukup berharga diperoleh oleh pemain terbabit.
“Kejohanan tersebut turut disertai ramai pemain berpengalaman serta bekas pemain kebangsaan.
“Saya percaya secara tidak langsungnya, peluang bagi pemain meningkatkan mutu permainan masing-masing,” tegas beliau.
Sekali gus, apa yang diperoleh sepanjang tempoh bersaing dalam kejohanan itu akan dapat menjadi penanda aras terbaik dan dapat diguna pakai dalam kejohanan mendatang.



