ARTIKEL

JUARA KESELURUHAN...Kelab Muaythai Tambuakar dari Sabah.

Kejohanan Muaythai Piala Premier 2023: Tambuakar juara keseluruhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menepati ramalan, Kelab Muaythai Tambuakar dari Sabah melakar sejarah muncul juara keseluruhan Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg 2023 melabuhkan tirainya hujung minggu lalu.

Mengenepikan pencabar terdekat iaitu Kelab Muaythai Sting dari Kuching ditempat kedua yang sedikit terubat kekecewaan mereka apabila turut diumum sebagai juara keseluruhan bagi kategori kelab dari Sarawak.

Dalam pada itu, Phonix Meranek, Kota Samarahan menduduki ditempat ketiga berbanding, dua lagi pencabar iaitu D30 Miri dan Kilas Petrajaya masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Kejohanan empat hari (26-29 Oktober) yang memasuki edisi ke-7 penganjurannya itu berlangsung di Naim Street Mall@Paragon Bintulu.

Lebih 200 peserta mewakili pelbagai kelab selain beberapa buah negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Yaman dan Iran turut serta.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim.

TERBAIK DARI SARAWAK…Kelab Muaythai Sting.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha