ARTIKEL

KENANGAN TERINDAH…Peserta merakam gambar selesai majlis penyampaian hadiah.

Kejohanan Tang Soo Do 2025: SMK Jalan Arang, SJK (C) Chung Hua Engkilili muncul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Tang Soo Do Terbuka 2025 berlangsung meriah di Dewan Serbaguna Kampung Semeba.

Kejohanan dua hari pada 16 dan 17 Ogos tersebut menyaksian pembabitan seramai 430 peserta berumur 7 hingga 41 tahun.

Tamat saingan menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Arang mengungguli kategori sekolah menengah apabila meraih 133 pingat keseluruhan mencakupi 46 emas, 47 perak dan 40 gangsa.

Tempat kedua milik SMK Engkilili dengan 17 emas, enam perak dan 12 gangsa, manakala SMK Wira Penrissen menduduki tempat ketiga, meraih 16 emas, 20 perak dan 14 gangsa.

Sementara itu, kategori sekolah rendah diungguli SJK (C) Chung Hua Engkilili yang berjaya meraih 11 emas, 10 perak dan enam gangsa.

Tempat kedua milik SK St. Francis Xavier dengan tiga emas, tujuh perak dan sembilan gangsa. SK St. David Bumbok di tempat ketiga dengan tiga emas, lima perak dan dua gangsa.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan oleh Persatuan Tang Soo Do Bahagian Kuching dan majlis perasmiannya disempurnakan oleh Ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Kr Gerald Goh Teck Joo mewakili ADUN Batu Kitang, Datuk Ir. Lo Khere Chiang.

Dalam pada itu, pencapaian individu yang cemerlang turut diiktiraf melalui anugerah Most Valuable Player (MVP) bagi setiap kategori.

Kategori sekolah rendah, MVP Lelaki milik Ezequiel Seluat Albert dari SJK(C) Chung Hua Engkilili yang berjaya meraih satu emas dan satu perak.

Rakan sepasukannya, Celine Khoo Zhi Ling menerima anugerah MVP Wanita selepas meraih dua pingat emas.

Bagi kategori sekolah menengah, Alfredson Aji Maxwell Arthur dari SMK Jalan Arang dipilih sebagai penerima anugerah MVP Lelaki setelah meraih 2 emas dan 2 perak.

Anugerah MVP Wanita pula diberikan kepada Elena Erin Danny, juga dari SMK Jalan Arang, yang berjaya memenangi empat pingat emas.

Untuk kategori dewasa, Nurhaziq Haikal Najmie Norazi diiktiraf sebagai MVP Lelaki dengan tiga pingat emas, manakala Angelina Evelyn Josaphat diumum sebagai penerima anugerah MVP Wanita selepas meraih empat pingat emas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU