KUCHING: Kelainan cuba ditampilkan Kelab Rekreasi Permainan Tenis Rinduk dengan menganjurkan Kejohanan Tenis TF Rinduk Pagi Yang Indah pada 16 Mei ini.
Kejohanan julung kali diadakan itu akan berlangsung di gelanggang tenis Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS), Jalan Demak.
Saingan terhad kepada lapan beregu lelaki sahaja yang bakal menyaksikan gabungan usia pemain seperti ditetapkan dalam syarat pertandingan.
Hadiah menarik disediakan dengan juara akan menerima wang tunai RM200 beserta pingat.
Naib juara pula menerima wang tunai RM100 dan pingat.
Sementara itu, wang tunai RM70 dan pingat untuk pemenang tempat ketiga dan RM50 untuk pemenang tempat keempat.
Penganjuran kejohanan terbabit bukan sahaja memberi peluang kepada pemain memperlihatkan bakat masing-masing, malah lebih kepada program santai melalui sukan, sekali gus berperanan memupuk gaya hidup sihat.



