ARTIKEL

LAKAR SEJARAH...Daeloniel Mcdelon Bong (temgah) dijulang bersama-sama tali pinggang yang dimenanginya. | FOTO GHAZALI BUJANG

Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024: Kilat Boy rangkul tali pinggang utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hari penuh bersejarah buat petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong apabila berjaya merangkul tali pinggang utama WBC Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg).

Ia hasil kejayaan anak jati kelahiran Sri Aman itu menumbangkan pencabarnya dari Thailand, Yutthichai Wannawong dengan kemenangan TKO di pusingan kelima Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia 2024 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya sebentar tadi dan turut disaksikan lebih 2,000 penonton.

Ia sekali gus merealisasi impian awal bintang sensasi yang terkenal dengan panggilan ‘Kilat Boy’ itu.

“Gembira dengan kejayaan ini dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada saya,” ujar Mcdelon ketika mengulas kejayaannya itu.

Hadir sama menyaksikan perlawanan itu, Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha