ARTIKEL

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Kejuaraan Petronas MAM Malaysia Cub Prix Musim 2025 di Litar Antarabangsa LYL Karting, Sungai Long hari ini. | Bernama

Kejuaraan Cub Prix 2025 buka tirai di Litar Antarabangsa Sepang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAJANG: Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2025 yang berlangsung 10 pusingan akan membuka tirainya di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor pada 19 April ini.

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Ron Hogg berkata 17 pasukan akan mengambil bahagian dalam tujuh kategori seperti yang dipertandingkan pada musim lepas.

“Format pertandingan bagi musim 2025 masih sama dan tiada perubahan.

Perkara ini sudah kita bincang dengan pasukan terlibat.

“Sebelum ini memang kita ada perbincangan untuk menukar format dan ia mungkin akan dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya pada sidang media di Litar Go-Kart Antarabangsa LYL di Sungai Long di sini hari ini.

Sementara itu, Cub Prix Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia.

Ketua Bahagian Pencegahan Perubatan dan Pemulihan PERKESO Dr Azlan Darus berkata kerjasama itu akan memanfaatkan platform berprofil tinggi Cub Prix untuk menyampaikan mesej keselamatan jalan raya yang penting, khususnya kepada penunggang motosikal.

“Keselamatan jalan raya adalah kebimbangan utama dan kami komited untuk mengurangkan jumlah kemalangan, terutamanya melibatkan penunggang motosikal,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha