ARTIKEL

KEJUARAAN HATRIK... Pemain sepak takraw PSKPP Betong merakam gambar kenangan.

Kejuaraan hatrik skuad sepak takraw PSKPP Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Skuad sepak takraw PSKPP Betong mencipta sensasi tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran juara acara sepak takraw berpasukan lelaki Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Awam (PSKPP) Peringkat Negeri Sarawak Ke-44 2026 yang berlangsung di Limbang dan Lawas, baru-baru ini.

Mereka berjaya menumpaskan PSKPP Kuching dengan 2-0 pada aksi final yang berlangsung sengit.

Ia merupakan kejuaraan ketiga berturut-turut buat PSKPP Betong dalam kejohanan terbabit.

“Syabas dan tahniah kepada pemain kerana berjaya merangkul gelaran juara pada kejohanan itu.

“Ia satu pencapaian amat membanggakan kerana kejuaraan hatrik bagi mereka,” ujar pengurus pasukan, Alexanda Ajon Tinggi ketika mengulas kejayaan pasukannya.

Beliau percaya kejayaan merangkul gelaran juara pada temasya tersebut berkat kerja keras pemain yang sentiasa fokus pada setiap perlawanan diharungi.

“Saya percaya kejayaan ini berkat usaha pemain yang begitu komited dalam mempersiapkan pasukan untuk menghadapi kejohanan terbabit,” tambah beliau.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat