SIMANGGANG: Amalan integriti perlu dikekalkan dalam tugas harian, termasuk menguruskan sumber dan kekayaan Sarawak.
Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangka Pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 untuk menjadikan wilayah ini sebagai sebuah wilayah yang maju dan makmur.
“Ini juga memerlukan kerjasama semua pihak dari semua peringkat dan komuniti dalam masyarakat untuk mengekalkan integriti, bagi mencapai misi menjadikan Sarawak yang berintegriti tinggi menjelang 2030,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mewakili Pemangku Residen Bahagian Sri Mahra Salleh merasmikan Bicara Eksekutif Integriti Daerah Pantu dan Lingga 2024 di sini, hari ini.
Jelasnya, penerapan budaya dan nilai murni perlu dipupuk secara holistik dan harus dimulai, disulami dengan tindakan individu itu sendiri.
“Tindakan ini mampu melahirkan jiwa kepimpinan (sama ada dalam kalangan ketua jabatan, ketua masyarakat dan ketua kaum) yang berintegriti, warga kerja yang bertanggungjawab dan cemerlang dalam semua aspek kehidupan.
“Saya percaya, setiap individu memegang peranan besar dalam memastikan nilai integriti terus terpelihara,” ujarnya.


