ARTIKEL

Kekerapan penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Kekerapan penerbangan domestik sempena perayaan Aidilfitri ditambah termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata banyak penerbangan tambahan telah diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan menggunakan pesawat lebih besar atau wide body bagi menampung permintaan. 

Menurutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memaklumkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam mengenai kelulusan pertambahan penerbangan itu.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan program tenaga diperbaharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi di sini semalam, Loke berkata pelaksanaan harga tetap untuk penerbangan akan turut dilakukan.

“Dengan itu, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk sudah tentu bertambah dan harga purata juga dijangka menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai,” katanya yang akan mengumumkan kapasiti tambahan itu dalam masa terdekat.-BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira