ARTIKEL

BERCAKAP... Mohamad ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan penyerahan simbolik sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada pemilik Restoran Makanan Laut Cina-Muslim ICafe.

Kekurangan tanah cabaran miliki rumah di DUN Kalaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kekurangan tanah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka menjadi antara isu yang perlu diberi perhatian susulan keperluan mendesak rakyat setempat untuk memiliki rumah sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, kebanyakan penduduk di 14 kampung di Pekan Saratok tidak mempunyai tanah bagi tujuan pembinaan rumah.

“Justeru, saya mohon agar Skim Pembesaran Kampung (SPK) dilaksanakan di Saratok, Roban dan Kabong.

“Selain membina perumahan kos rendah di Saratok bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

“Pembinaan perumahan di Saratok ini bukan sahaja untuk orang setempat, tetapi juga bagi mereka yang bekerja di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan simbolik penyerahan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada pemilik Restoran Makanan Laut Cina-Muslim ICafe, Muhammad Lukas Lim Abdullah di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyentuh tentang isu lain yang menjadi cabaran di kawasan tersebut termasuk masalah bekalan air.

“Banyak kawasan saya mengalami masalah tiada air.

“Bagaimanapun, tindakan telah diambil untuk membantu kawasan yang terjejas.

“Saya telah memberitahu semua tuan rumah, ketua kampung dan ketua kaum bahawa mereka akan menerima bekalan air minuman mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita bersimpati khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Namun, kita akan sentiasa berusaha,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan bahawa kebanyakan projek di kawasan berkenaan telah disiapkan.

“Kita akan terus menyiapkan projek-projek yang lain, khususnya Projek Tebingan Sungai Krian,” katanya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU