SIBU: Kelab Belia Lestari atau RLM Brothers telah mewakafkan kemudahan tambahan saluran air paip di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang untuk keselesaan orang ramai.
Program yang diadakan pada Ahad itu bertujuan memastikan kemudahan asas berkenaan dapat memberikan manfaat yang berterusan kepada masyarakat tempatan, selain diiringi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar.


Pengerusi Kelab Belia Lestari, Muhammad Mustaqim Hasin berkata, “Ini merupakan kali kelima Kelab Belia Lestari melaksanakan projek penyambungan saliran air paip di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang. Alhamdulillah, kemudahan yang disediakan ini bukan sahaja memudahkan urusan pengunjung dan waris yang menziarahi pusara keluarga, malah menjadi salah satu usaha kebajikan berterusan dalam memastikan kawasan perkuburan sentiasa terpelihara dan selesa untuk diziarahi.”

Pihak pengurusan Kelab Belia Lestari turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kemuyang kerana memberikan kebenaran untuk melaksanakan kerja-kerja penambahan pemasangan saluran paip tersebut.

Selain itu, kelab berkenaan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang serta menyokong usaha murni itu dan berharap agar lebih banyak aktiviti kebajikan dapat dijalankan pada masa akan datang.
Kelab Belia Lestari boleh dihubungi melalui pautan berikut:
Facebook Page :
https://www.facebook.com/RLM.BROTHERS?mibextid=LQQJ4d
Tiktok Official :
www.tiktok.com/@rlmbrothers
Instagram :
https://www.instagram.com/r.l.mbrothers?igsh=MWdnZXdxdmxha2U0cw==



