ARTIKEL

Tertuduh (dua kanan) dibawa keluar oleh anggota Kastam bersama-sama Peguambelanya Lim Lian Kee.

Keldai dadah dipenjara 15 tahun miliki syabu 3,625.90 gram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tinggi hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap keldai dadah lelaki dari Johor, kerana terlibat memiliki dadah  jenis syabu seberat 3,625.90 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Zaleha Mohd Yusuf Pan menjatuhkan hukuman terhadap Sivakumaran Murugaya,51, selepas mengaku bersalah atas satu pengurangan pertuduhan.

Mengikut pengurangan pertuduhan, dia didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 3,625.90 gram di ketibaan antarabangsa LTAK, sekitar jam 10.05 pagi, 30 Oktober 2019.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 30 Oktober 2019 di penjara Johor Bahru.

Tertuduh tidak dikenakan sebatan memandangkan usianya telah melebihi 50 tahun.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh bersama-sama seorang wanita tiba di LTAK dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Tertuduh dan rakannya masing-masing membawa sebuah bagasi lalu menuju ke tempat pengimbas di balai ketibaan untuk pemeriksaan.

Semasa membuat pengimbasan, pegawai kastam dan beberapa anggota lain mendapati imej mencurigakan pada bagasi tertuduh.

Selepas melakukan pengimbasan, tertuduh cuba membawa keluar bagasinya dari balai tersebut namun dia sempat ditahan pegawai kastam.

Dia dan rakannya kemudian dibawa ke Bilik Mesyuarat UKPP untuk pemeriksaan lanjut dan pihak polis dari cawangan narkotik turut dipanggil.

Selepas membuat pemeriksaan menjumpai beberapa helai pakaian dan beberapa bungkusan plastik berisi bahan-bahan berbentuk serbuk kristal dalam kedua-dua bagasi tersebut.

Bahan kristal tersebut telah diuji menggunakan pengesan TRUNAC dan didapati positif Methamphetamine.

Hasil analisis Jabatan Kimia Malaysia (JIM) barang kes dalam bagasi tertuduh adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 3,625.90 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Malaysia (JKM) Syazwani Zawawi.

Manakala, tertuduh diwakili peguam lantikan mahkamah, Peguam Lim Lian Kee.

Terdahulu, pada 11 November 2019, Sivakumaran dan rakan wanitanya Melissa Mariadass didakwa di bawah Sekyen 39B (1)(a) ADB 1952, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan jika tidak digantung sampai mati.

Namun, pihak pembelaan memohon untuk pengurangan pertuduhan dan representasi telah dihantar sebanyak tiga kali.

Sementara itu, Melissa masih dalam perbicaraan kes yang dijadualkan pada 11 hingga 15 Mei depan.

Beliau kini direman di Penjara Puncak Borneo sehingga kes selesai.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU