ARTIKEL

Royston menyampaikan bakul makanan kepada penerima dalam Program Imarah Ramadan Kem Belia Mukah 2026, semalam.

Kem Belia Mukah berpotensi jadi pusat program belia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kem Belia Mukah berpotensi menjadi pusat pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan kemasyarakatan di daerah ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Menurutnya, terdapat tiga kem belia di Sarawak, iaitu Kem Belia Mukah, Kem Belia Pueh di Sematan dan Kem Belia Kemuyang di Sibu.

“Dengan adanya kemudahan ini, kita perlu memanfaatkannya sebaik mungkin untuk pelaksanaan aktiviti bersama komuniti.

“Antara aktiviti yang disediakan di Kem Belia Mukah ialah ‘flying fox’, ‘wall climbing’, kayak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Imarah Ramadan Kem Belia Mukah 2026 di Tone Cafe di sini semalam.

Royston menyampaikan bakul makanan kepada penerima dalam Program Imarah Ramadan Kem Belia Mukah 2026, semalam.

Sehubungan itu, Royston turut memuji usaha pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengimarahkan bulan Ramadan melalui pelaksanaan program kebajikan dan kemasyarakatan.

Ujarnya, pelibatan pelbagai pihak dalam membantu golongan memerlukan bukan sahaja meringankan beban mereka, malah mencerminkan semangat kebersamaan dalam bulan Ramadan.

Sementara itu, Pengetua Kem Belia Mukah, Satar Smawi berkata kem tersebut kembali beroperasi seperti biasa.

“Selepas beberapa tahun ditutup disebabkan pandemik COVID-19 dan kerja-kerja naik taraf yang dijalankan sebelum ini, kini Kem Belia Mukah dibuka untuk semua.

“Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini dan bagi mereka yang berminat, boleh datang untuk mencubanya,” ujarnya.

Dalam program tersebut, seramai 50 golongan memerlukan menerima bakul makanan, sumbangan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED).

Terdahulu, sebanyak 600 pek makanan diagihkan kepada orang ramai dalam Program Pengagihan Menu Berbuka Puasa yang diadakan di hadapan Kem Belia Mukah.

Satar (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Royston dalam program tersebut.
Royston mengagihkan makanan kepada orang ramai yang lalu di hadapan Kem Belia Mukah, semalam.
RAKAM KENANGAN….Royston merakam kenangan selepas program tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU