ARTIKEL

MENANG LAGI... Kesebelasan utama pasukan Kuching. Foto | Faizal Bujang

Kemenangan kedua Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching tidak berdepan masalah meraih tiga mata selepas mencatat kemenangan selesa 5-0 ke atas Betong dalam aksi Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) di Padang Perumahan, Jalan Astana, petang tadi.

Penyerang berpengalaman, Mohamad Shahfitri Salim, membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol pada minit ke-34 dan ke-61.

Ainur Aiqal Ayub membuka tirai jaringan Kuching pada minit ke-20, sebelum Mohammad Faris Fadillah menggandakan kelebihan pada minit ke-36.

Wan Badzreen Wan Yusuf kemudian menambah gol keempat Kuching pada minit ke-51.

Kemenangan itu merupakan yang kedua buat anak buah Muhammad Dzulazlan Ibrahim dalam saingan SPL 2026 bagi peringkat Zon Selatan.

“Tahniah kepada pemain kerana berjaya memastikan tiga mata mutlak diperoleh.

“Pemain melaksanakan tugas dengan begitu sempurna sepanjang permainan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

JANGAN RAPAT… Penyerang Kuching, Mohamad Nur Raziman Razali (depan) mengawal bola sambil diasak pemain Betong, Muhammad Fedril Fauzi (belakang). Foto | Faizal Bujang

Dzulazlan berkata, pelan permainan yang dirangka berjaya diterjemah pemain dengan baik sehingga membolehkan Kuching mengawal perlawanan.

Beliau berharap anak buahnya dapat mengekalkan momentum kemenangan itu dalam perlawanan akan datang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira