ARTIKEL

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching

Kementerian Komunikasi Pertimbang Laksana Kajian Ukur Kefahaman Rakyat Terhadap MA63

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi mempertimbangkan cadangan pelaksanaan kajian khusus bagi mengukur tahap pemahaman rakyat terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan sejarah pembentukan Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata setakat ini, kementerian mahupun agensi di bawahnya seperti Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), belum mempunyai kajian asas bagi tujuan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau bersedia membawa cadangan tersebut ke peringkat kementerian dan JAPEN, untuk penelitian lanjut.

“Memang setakat ini kementerian sama ada di bawah RTM, JAPEN, kita tak ada satu kajian untuk mengukur pemahaman dan juga tentang MA63 serta pembentukan Malaysia.

“Cadangan daripada Ahli Yang Berhormat saya bawa balik ke kementerian untuk saya terus bincang dengan kementerian dan juga JAPEN, sama ada JAPEN boleh melaksanakan kajian ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud), sama ada kementerian bersedia menjalankan kajian persepsi bagi mengukur kefahaman sebenar rakyat, khususnya di Semenanjung, mengenai hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63.

Mengulas mengenai usaha penerangan sedia ada, Teo berkata JAPEN telah memuat naik 115 hantaran merangkumi 21 kandungan kreatif di media sosial rasminya berkaitan pembentukan Malaysia dan pelaksanaan MA63.

— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemandu lori maut di Jalan Bau-Lundu

BAU: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaannya terbabas dan terbalik ke dalam parit di Kilometer 18.5 Jalan Bau-Lundu berhampiran Kampung Stenggang, hari ini. Mangsa, Kedang