KUCHING: Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perjumpaan bersama kesemua syarikat penerbangan dalam masa terdekat bagi membincangkan kekerapan dan tambang penerbangan sepanjang cuti sekolah dan musim perayaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin dalam kenyataannya berkata, syarikat penerbangan dituntut untuk memainkan peranan mereka kepada rakyat dan kerajaan dalam menawarkan lebih banyak penerbangan masuk ke negeri ini.
“Ia bagi memastikan terdapat kerusi yang mencukupi dan dapat mengekalkan tambang penerbangan yang berpatutan,” katanya.

Berhubung penerbangan MYAirline dari Kuala Lumpur ke Miri yang terbang dua kali mengalami masalah teknikal, Kim Shin berkata syarikat itu telah menyediakan sebuah pesawat untuk menerbangkan seramai 77 penumpang berlepas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (LTAK) pada 10.34 malam.
Beliau berkata, seramai 30 penumpang dipindahkan melalui Malaysia Airlines dan tiga lagi penumpang disediakan penginapan hotel di Miri dan mengambil penerbangan pada keesokkan hari.
Sementara, berhubung tambang penerbangan MASWings yang tinggi dari Miri ke Kuching, beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memaklumkan MASWings tidak menggunakan mekanisma harga dinamik.
Katanya, harga ditetapkan pada siling tertentu kerana Obligasi Perkhidmatan Awam kerana tambang tersebut disubsidi oleh Kerajaan Persekutuan.

