ARTIKEL

Kementerian Pengangkutan Sarawak pantau operasi berkaitan helikopter terhempas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang memantau rapat operasi berkaitan insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, petang tadi.

Menterinya, Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, kementeriannya akan terus berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), helikopter jenis BO-105 berpendaftaran 9M-LLF itu sedang melakukan penerbangan FDS dengan lima individu termasuk juruterbang.

“Doa saya bersama semua yang berada dalam helikopter itu, keluarga mereka serta semua yang terjejas akibat kejadian ini.

“Kementerian juga akan sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan sekiranya diperlukan.

“Kita berdoa agar semua berjalan lancar dan operasi dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, FDS merupakan perkhidmatan penting kepada masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak, khususnya dalam menyediakan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

“Pada tahap ini, keutamaan kita ialah keselamatan dan kesejahteraan semua yang terlibat.

“Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan operasi serta siasatan yang diperlukan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU