ARTIKEL

SALAH sebuah keluarga menunjukkan lukisan cap tangan berwarna pada sambutan ICCD 2024

Kempen hari kanser kanak-kanak, tingkat kesedaran komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kempen tiga tahun Hari Kanser Kanak-kanak Antarabangsa (ICCD) yang bermula tahun ini amat signifikan dalam meningkatkan kesedaran tentang peranan penyertaan komuniti.

Menurut Presiden Persatuan Kanser Kanak-kanak Sarawak (SCCS) Rodney Wong, pihaknya tahun ini berbangga menyertai kempen tersebut yang dilancarkan oleh Persatuan Onkologi Pediatrik Antarabangsa (SIOP) dan Kanser Kanak-kanak Antarabangsa (CCI) sempena ICCD yang disambut setiap tahun pada tanggal 15 Februari.

Katanya, ia bagi meningkatkan kesedaran tentang peranan penting penyertaan komuniti dan menangani cabaran berkaitan kanser.

“Tahun ini bermulanya kempen tiga tahun yang menumpukan kepada pemahaman dalam menangani cabaran dihadapi oleh pesakit kanser kanak-kanak, penjaga, pesakit yang pulih, profesional penjagaan kesihatan dan penyelidik di seluruh dunia.

“Ia direka untuk ke depan melalui fasa berbeza, yang masing-masing menyumbang kepada naratif komprehensif mengikut masa bermula dengan Unveiling Challenges (2024), Inspiring Action (2025) dan Demonstrating Impact (2026).

“Objektif khususnya dikembangkan bagi membolehkan kempen kekal dinamik dan responsif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya yang juga Presiden CCI, ICCD disifatkan peluang keemasan untuk SCCS meningkatkan penglibatan bukan sahaja menambah kesedaran tentang banyak cabaran dan halangan penting, tetapi menyokong perubahan, mempromosikan penyelesaian dan menjana inisiatif baharu ke arah penambahbaikan sebenar dengan impak ketara.

Sehubungan itu katanya, SCCS memulakan aktiviti penglibatan dengan pesakit kanser dan keluarga kanak-kanak semasa Hari Klinik di Klinik Pakar Pediatrik Hospital Umum Sarawak dan Wad Pediatrik di Kuching.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU