ARTIKEL

kempen keselamatan jalan raya diperluaskan ke seluruh kawasan Kota Sentosa, kempen keselamatan jalan raya, DUN Kota Sentosa, stesen minyak PETRONAS, keselamatan jalan raya Krismas, Yayasan Pengguna Negara Malaysia Sarawak, Wlifred Yap
Wilfred Yap (lima kiri, barisan kedua) pada sesi bergambar sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di Stesen Minyak PETRONAS Taman Hui Sing, Kuching. - Foto: Ramidi Subari

Kempen keselamatan jalan raya diperluaskan ke seluruh kawasan Kota Sentosa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kempen keselamatan jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa akan diperluaskan ke semua stesen minyak di konstituensi tersebut pada tahun hadapan.

Ahli DUN Kota Sentosa, Wilfred Yap, menekankan kepentingan pengguna jalan raya mengamalkan langkah keselamatan di jalan raya agar mereka selamat tiba di destinasi.

Wilfred Yap (tengah) mengepam minyak pada sebuah motosikal sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di Stesen Minyak PETRONAS Taman Hui Sing, Kuching. – Foto: Ramidi Subari

“Kita semua sedar bahawa keselamatan jalan raya sangat penting, bukan sahaja pada musim perayaan tetapi pada setiap masa.

“Sempena Hari Krismas yang hampir tiba, penting untuk kita amalkan keselamatan di jalan raya agar semua orang dapat pulang ke rumah dengan selamat,” katanya.

Wilfred berucap ketika merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Stesen Minyak PETRONAS Taman Hui Sing di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Pengguna Negara Malaysia Cawangan Sarawak kerana menganjurkan kempen keselamatan jalan raya tersebut.

Katanya, pusat khidmatnya akan memberi sokongan agar kempen tersebut dapat diperluaskan ke seluruhkawasan DUN Kota Sentosa pada masa akan datang.

Kempen tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Pengguna Sarawak dengan kerjasama Yayasan Pengguna Negara Malaysia Cawangan Sarawak dan Pusat Khidmat DUN Kota Sentosa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PETRONAS Dagang dan Stesen Minyak PETRONAS Taman Hui Sing turut bekerjasama dalam menjayakan kempen tersebut.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah baucar petrol RM5 percuma bagi penunggang motosikal B40, pemberian pelekat amaran pantul cahaya motosikal percuma, pemberian risalah keselamatan jalan raya, dan beg cenderahati percuma dengan makanan dan minuman ringan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU