ARTIKEL

Kempen larangan guna penyedut plastik disambung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kempen larangan penggunaan penyedut minuman plastik di kawasan bawah seliaan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan bersambung semula setelah keadaan Covid-19 telah reda.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, kempen larangan penggunaan penyedut minuman plastik sepatutnya dilancarkan pada 18 Mac lalu.

Namun begitu, kempen berkenaan jatuh pada hari pertama PKP.

Oleh itu kata Hong Seng, keutamaan MBKS ketika ini adalah untuk memerangi pandemik Covid-19.

Jelasnya, apabila keadaan telah reda, MBKS akan melaksanakan semula kempen larangan penyedut minuman plastik tersebut.

“Sudah tentu kami mengalakkan yang mula menggunakan penyedut minuman selain plastik seperti yang diperbuat daripada beras dan lain-lain untuk terus menggunakannya.

“Bagi mereka yang masih menggunakan penyedut minuman plastik, diminta untuk berhenti menggunakannya,” jelas Hong Seng kepada media ketika menghadiri kempen derma darah anjuran Teck Kong Industry, MBKS dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Dewan MBKS semalam.

Turut sama hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Dalam pada itu, Hong Seng memberitahu, orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai ketidakpatuhan standard prosedur operasi (SOP) pada mana-mana premis perniagaan.

Tambahnya, pihaknya telah diberi arahan untuk mengambil tindakan dan menutup premis yang tidak mematuhi SOP.

“Ini adalah kebaikan untuk orang ramai, tiada guna untuk menuding jari antara sama lain, jika anda ingin membantu, laporkan terus pada pihak berkuasa.

“Kami amat menghargai sekiranya orang ramai membuat aduan, kami juga akan berasa amat gembira,” katanya.

Beliau juga mengajak orang ramai bersama-sama dengan MBKS untuk memerangi pandemik Covid-19 ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,