LUNDU: Kempen Liga Lundu 2026 telah disingkap tirainya pada hujung minggu lalu.
Lapan perlawanan awal berlangsung melibatkan pasukan dari kumpulan berbeza.
Empat perlawanan berlangsung pada Sabtu dan empat lagi pada hari Ahad.

Penampilan pasukan Fadzio FT antara yang mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan besar dengan membelasah Team Pembangunan N.1 Opar (9-0).
Sekali gus, keputusan itu menjadi amaran awal jagoan terbilang tersebut terhadap pesaing lain yang sedia ada.
Tiga lagi perlawanan pada hari Sabtu lepas menyaksikan keputusan yang berbeza.
Pasukan STP FC dan Rayu Villa FC terikat dengan jaringan (1-1), manakala Sampadi FC mencatat kemenangan selesa (3-1) ke atas Sealion FC.
Keputusan seri (2-2) turut dicatatkan antara pasukan Batang Kayan United dan Horis FC.
Sementara itu, empat perlawanan yang berlangsung pada hari Ahad tidak kurang hebatnya.
Seabird FT menewaskan AW1902 dengan jaringan (4-0), manakala Bajo Mix FC sekadar mencatat kemenangan tipis (1-0) ke atas Volcano.
Kasuka FC turut mencatat kemenangan tipis (1-0) ke atas Belia Sileng.
Berbanding dengan perlawanan lain, kemenangan (4-0) dicatat oleh Rambungan FC ke atas Maksak FC.
Dalam pada itu, lapan perlawanan akan berlangsung pada hujung minggu ini.

