Kempen “No Styrofoam & No Polystyrene” terus diperhebat di bazar Ramadan

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) akan terus melaksanakan inisiatif “No Styrofoam & No Polystyrene” di semua bazar Ramadan di Bintulu pada tahun ini.

Menurut Pengurus Besar ya, Rodziah Morshidi, kempen tersebut merupakan satu inisiatif yang telah mula diperkenalkan pada tahun lalu.

Justeru, beliau berharap seluruh masyarakat terutama golongan peniaga dapat bekerjasama di dalam kempen tersebut.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian Bazar Ramadan 2019 di Dataran Esplanade Bintulu, petang tadi.

Gimik perasmian disempurnakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN Jepak Datuk Haji Talib Zulpilip.
Pada tahun ini, pihak BDA menyediakan 286 lot niaga membabitkan lima lokasi Bazar Ramadan di sekitar Bandar Bintulu ini.

Masing- masing di Dataran Esplanade Bintulu (107 lot niaga), Medan Assyakirin(52), Tapak Niaga Assyakirin (62), Taman Millenium, Tanjung Kidurong (60) dan T-Home Boutique (5).

T-Home Boutique merupakan lokasi baharu diperkenalkan pada tahun ini.

Semua tapak Bazar Ramadan dibekalkan dengan kanopi kecuali Tapak Bazar di T-Home Boutique yang kurang mendapat sambutan dari para peniaga.

Rodziah dalam pada itu mengajak seluruh masyarakat terutama Islam untuk sama-sama menyempurnakan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan dengan melakukan nilai tambah seperti memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim, mengadakan majlis berbuka puasa kepada orang mukmin dan mengambil makanan yang berkhasiat dan halal serta tidak membazir dan juga sentiasa menjaga kebersihan.

 

 

 

 

 

 

Suara Sarawak