ARTIKEL

TERIMA... Johnny Ting (kanan) menerima minyak masak terpakai daripada salah seorang pengunjung.

Kempen pembelian minyak masak terpakai di Serian dapat sambutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kempen Pembelian Minyak Masak Terpakai oleh syarikat Timuran Kembangan Sdn. Bhd. sempena Kempen Penggumpulan Barangan Kitar Semula E-Wase & Minyak Masak Terpakai yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta Pejabat Majlis Daerah Serian hari ini mendapat sambutan yang luar jangkaan.

Ratusan penduduk sekitar dari pelbagai kaum membanjiri kawasan tersebut dengan membawa barangan kitar semula serta minyak masak terpakai masing-masing.

KERJASAMA… Johnny Ting (empat dari kanan) bersama yang lain terlibat dengan program berkenaan.

Pengarah Urusan, Johnny Ting Su King, mengakui teruja dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat terhadap program berkenaan.

“Kita tidak menjangka sambutan begitu hebat sekali terhadap program ini.

Sokongan daripada masyarakat setempat sangat menggalakkan,” ujar Johnny kepada Suara Sarawak.

Menurut Johnny, melihat kepada sambutan memberangsangkan utu sekali gus membayangkan tahap kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar meningkat saban hari.

Apa yang menarik, setiap minyak masak terpakai yang dihantar akan ditukar dengan wang tunai iaitu RM2.90 bagi setiap kilogram.

Menurut Johnny, ini adalah kali pertama kempen seumpama ini diadakan di Bahagian Serian dan akan diteruskan di kawasan lain pada masa akan datang.

Johnny menambah, pelaksanaan kempen seumpama itu amat penting kerana secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat untuk lebih bertanggungjawab.

Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar secara mampan.

“Kempen ini diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk memacu perubahan positif terhadap alam sekitar agar lebih baik dan dinamik,” katanya.

Terdahulu, beliau menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Serian atas keprihatinan dan sokongan diberikan.

“Pihak kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak kerana dapat mengambil bahagian dalam program ini.

“Ia secara tidak langsung dapat menyokong matlamat pembangunan mampam sekali gus memenuhi tanggungjawab sosial dan menyumbang kelestarian alam sekitar,” tambah Johnny.

Katanya, esok program seumpama itu akan turut dilangsungkan di pekan Saratok, Betong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU