ARTIKEL

Dr Adnan Mat bercakap kepada media pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Kenaikan gaji penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam – CUEPACS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan berhubung kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember tahun ini merupakan satu penghargaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam negara yang meletakkan negara pada landasan kukuh, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). 

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengambil langkah berani dengan mempercepatkan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu, selepas tiada sebarang tindakan drastik diambil kerajaan untuk memperbaiki struktur gaji penjawat awam. 

“Peningkatan yang dijangka melebihi 13 peratus itu sudah tentu memberikan kelegaan kepada semua penjawat awam di semua peringkat kerana ia akan meningkatkan gaji bersih boleh guna mereka.

“Tiada sebarang sebab untuk kerajaan tidak meneruskan inisiatif yang berbentuk kebajikan kepada penjawat awam setelah pelbagai khidmat bakti telah dicurahkan kepada rakyat dan negara,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. 

Selain itu, Adnan menyeru kepada penjawat awam untuk terus bersama kerajaan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan sektor ekonomi, serta melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab. 

“Tingkatkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan perkhidmatan awam sentiasa relevan dengan keperluan semasa rakyat dan sektor ekonomi.

“Komitmen tinggi penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan akan memberikan kesan positif kepada negara,” katanya. 

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 memaklumkan keputusan kerajaan pada 8 Mac 2012 berhubung kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana, manakala kenaikan antara tujuh hingga sembilan peratus bagi pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi.  

Sementara itu, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Datuk Mohamed Shafie BP Mammal menyifatkan kenaikan itu sebagai permulaan yang positif bagi penjawat awam dalam mendepani peningkatan kos sara hidup. 

Pengumuman hari ini, menurut Mohamed Shafie, turut memberi ‘tamparan’ kepada syarikat swasta yang mencatatkan keuntungan berlipat kali ganda setiap tahun tetapi masih bersikap acuh tidak acuh dalam memberikan ganjaran kenaikan gaji sewajarnya kepada pekerja masing-masing. 

“Di Malaysia ini, ada sebahagian majikan berpura-pura mengumumkan syarikat mengalami kerugian setiap tahun sebagai alasan tidak menaikkan gaji pekerja, dan sekali pun jika ada kenaikan, kenaikan bagi pengurusan atasan tidak menjadi masalah tetapi untuk pekerja bawahan sentiasa bermasalah,” katanya.

Justeru, beliau berharap langkah yang diambil oleh kerajaan itu dapat memberikan teladan kepada syarikat swasta untuk lebih menghargai sumbangan dan produktiviti pekerja masing-masing.

Perdana Menteri ketika mengumumkan berita gembira kepada penjawat awam itu juga berharap syarikat swasta dapat mengikut langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam.

Berhubung pengumuman Anwar mengenai persetujuan Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk meminda Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) agar dapat diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia pula, Mohamed Shafie berkata ia satu perkembangan baik.

“Selama ini, sahabat-sahabat kita di Sabah dan Sarawak berasa mereka seperti diketepikan kerana tidak mendapat (tertakluk kepada penetapan) gaji minimum dan peruntukan cuti bersalin yang lebih seperti yang dinikmati rakan di Semenanjung Malaysia,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU