ARTIKEL

Foto JPJ Sarawak

Kenderaan mewah disita guna cukai jalan tamat tempoh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi JPJ Miri melaksanakan Ops Kenderaan Mewah (Luxury) dan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan menerusi rondaan serta pemantauan penguatkuasaan di sekitar bandar raya Miri.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, sepanjang operasi tersebut, sebanyak 312 buah kenderaan melibatkan kenderaan perdagangan dan persendirian diperiksa.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dikesan, antaranya pemandu tidak memiliki lesen memandu yang sah, tiada lesen vokasional (GDL), tidak memakai tali pinggang keledar serta kesalahan lain berkaitan aspek teknikal kenderaan.

“Sebuah kenderaan mewah disita kerana didapati menggunakan cukai jalan yang telah tamat tempoh dan tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah,” kata kenyataan itu.

JPJ Sarawak akan terus komited melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan berfokus sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan pematuhan undang-undang jalan raya, sekali gus memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.-TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU