ARTIKEL

Kenyataan Ambiga hiperbola, tidak berpijak di bumi nyata – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kenyataan bekas pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan yang mendakwa Kerajaan Perpaduan adalah ‘kerajaan diktator’ disifatkan sebagai kenyataan hiperbola dan tidak berpijak di bumi nyata, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata biarpun Ambiga mempunyai hak menyatakan pandangan berhubung isu itu, tegurannya tersasar dan tidak dilihat dalam konteks sedia ada.
“Itu kenyataan hiperbola, beliau tidak berpijak di bumi yang nyata, bukan kerajaan ini yang lakukan Ops Lalang, bukan kerajaan ini yang melakukan tindakan memukul peserta demonstrasi.
“Malah baru-baru ini sekumpulan peserta melakukan protes di hadapan pusat khidmat Perdana Menteri di Tambun, Perak, mereka tidak ‘disambut’ dengan cota dan gas pemedih mata, sebaliknya mereka diberikan air dan roti,” katanya pada sidang media hari ini.
Fahmi berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ambiga yang mengatakan Kerajaan Perpaduan kerajaan paling diktator dalam sejarah pemerintahan negara kerana tidak memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984, sebaliknya memperkenalkan pelesenan baharu.
Beliau menjelaskan sejak Februari lepas, beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan diadakan termasuk bersama Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Artikel 19 (pertubuhan kebebasan bersuara), sebelum kerajaan memperkenalkan kerangka kawal selia baharu itu.
“Ini membuktikan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan kerajaan sangat terbuka untuk menerima pandangan dan kritikan yang membangun, Bersih ada dijemput tetapi tak hadir,” katanya.
Sabtu lepas MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta 588.
Langkah itu berkuat kuasa pada 1 Jan 2025 susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet diperkenal bermula 1 Ogos.
– Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,