ARTIKEL

Fatimah bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Wanita Sarawak 2025 di Wisma Wanita, di sini, hari ini.

Kepelbagaian, Kesaksamaan Dan Keterangkuman Tema Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 yang bakal berlangsung pada 2 Ogos depan, bertemakan ‘Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman’ untuk meraikan sumbangan dan pencapaian cemerlang golongan tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, tema tersebut dipilih bagi menggalakkan penerimaan secara inklusif setiap pencapaian kaum wanita tanpa mengira latar belakang.

“Tema tersebut dipilih sebagai penghormatan kesaksamaan pelbagai identiti, tanpa mengira perbezaan latar belakang dan keupayaan fizikal.

“Ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan wanita Sarawak adalah sebahagian daripada kejayaan negeri ini, dan mereka patut diberi pengiktirafan atas usaha yang tidak ternilai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Wanita Sarawak 2025 di Wisma Wanita, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, sambutan tersebut juga merupakan pengiktirafan sumbangan besar wanita Sarawak dalam membentuk masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni.

“Ia juga platform untuk kita menghargai segala sumbangan mereka dalam memajukan keluarga, negeri dan negara. Selain penghormatan atas kejayaan mengharumkan nama Sarawak dalam pelbagai bidang,” katanya.

Tambahnya, sambutan akan diadakan di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak bermula pada 8.30 pagi dan disiarkan secara langsung melalui platform media sosial Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

“Kita menjangkakan kehadiran seramai 800 tetamu yang terdiri daripada barisan Kabinet Negeri, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ramai lagi.

“Majlis bakal diserikan dengan kehadiran Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang akan menyampaikan anugerah-anugerah khas kepada para penerima,” ujarnya.

Tambahnya, acara tersebut turut melibatkan ribuan jemputan dari 45 pejabat daerah seluruh Sarawak yang akan menyertai secara dalam talian melalui pautan aplikasi Zoom.

Mengenai pengisian program, beliau memberitahu pelbagai acara menarik disusun termasuk pameran dan jualan, ucapan daripada Premier serta penyampaian anugerah tokoh wanita yang melibatkan beberapa kategori.

“Antaranya termasuk Anugerah Premier Sarawak Kepimpinan Wanita, Anugerah Premier Sarawak Keusahawanan Wanita, Anugerah Premier Sarawak Penggiat Sosial Wanita, Anugerah Premier Sarawak Pencapaian Khas, Anugerah Premier Sarawak NGO Cemerlang dan Anugerah Premier Pemimpin Muda Wanita.

“Pada tahun ini juga terdapat satu anugerah khas diperkenalkan, ia diberikan kepada organisasi atau institusi yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap prinsip mesra gender sebagai pengiktirafan usaha mempromosikan kesaksamaan jantina,” tegasnya.

BERITA LAIN

15 syarikat berminat labur di taman perabot Kuching

KUCHING: Walaupun masih pada peringkat perancangan, projek pembangunan taman perabot di Kuching menarik minat 15 syarikat untuk melabur, sekali gus memperlihatkan potensi pertumbuhan sektor pembuatan

BERITA TERBARU

15 syarikat berminat labur di taman perabot Kuching

KUCHING: Walaupun masih pada peringkat perancangan, projek pembangunan taman perabot di Kuching menarik minat 15 syarikat untuk melabur, sekali gus memperlihatkan potensi pertumbuhan sektor pembuatan