ARTIKEL

Kerajaan bakal mansuhkan subsidi beransur-ansur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memansuhkan subsidi dengan serentak, sebaliknya akan melaksanakan proses itu secara beransur-ansur, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau berkata langkah memansuhkan semua subsidi dalam satu masa akan meningkatkan kos sara hidup dan menjejaskan pertumbuhan perniagaan dan pelaburan di negara ini.

Menurutnya pada masa ini kerajaan sedang mengkaji untuk menarik balik beberapa subsidi sementara secara beransur-ansur.

“Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini, antara yang telah dirancang adalah penarikan subsidi ayam dan telur selepas mengambil kira keadaan pembekalan yang telah stabil. 

“Kerajaan juga meneruskan subsidi bersasar untuk tenaga elektrik dan selanjutnya diesel,” katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan pasca Belanjawan 2024 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia serta Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya di sini semalam.

Perbincangan itu menyediakan platform kepada Kementerian Kewangan untuk menyatakan bagaimana pendekatan dalam Belanjawan 2024 dijangka menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat, namun menegaskan perlu dibuat penyasaran supaya ketirisan dapat dielakkan dan memastikan hanya rakyat yang layak sahaja mendapat manfaatnya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

RCI Batu Puteh bagi tambah baik isu kedaulatan

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah bagi mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais