KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperkukuh ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) Malaysia melalui mekanisme pembiayaan yang lebih berteraskan pasaran serta kerjasama lebih erat dengan industri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata Malaysia sedang beralih daripada pendekatan ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’ dalam usaha memperkukuh penciptaan nilai dan memacu peningkatan ekonomi, dengan R&D memainkan peranan penting dalam usaha itu.
Walaupun perbelanjaan R&D Malaysia telah mencapai kira-kira satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau hampir RM20 bilion, katanya cabaran utama adalah menjadikan penyelidikan kepada hasil komersial.
“Isunya bukan hanya jumlah R&D tetapi sama ada ia membawa kepada pemerolehan nilai di negara ini, termasuk pemilikan harta bernilai RM66.69 juta bagi tiga projek pem Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tengah) bercakap pada Sesi Plenari Charting Malaysia’s Path to 2030: “Research, Fiscal Innovation and Investment for National Development sempena University Research and Innovation Investment Summit 2026 (URIIS 2026) di WTCKL semalam.
“Apa yang kami (kerajaan) mahu lakukan sebenarnya adalah memastikan bahawa kita menyediakan pasaran modal yang dapat membantu menyokong pembangunan syarikat tempatan dari semasa ke semasa dengan menyediakan modal,” katanya pada sesi panel di Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Universiti (URIIS) 2026 semalam.
Amir Hamzah berkata kerajaan sedang memberi tumpuan kepada menyelaraskan usaha penyelidikan dengan keutamaan negara, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu, Strategi Semikonduktor Nasional dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara untuk menarik pelaburan dan meningkatkan prospek pengkomersialan.
Beliau berkata modal telah tersedia melalui inisiatif seperti program GEAR-uP apabila syarikat pelaburan berkaitan kerajaan telah meneruntukkan RM120 bilion dalam tempoh lima tahun, selain kira-kira RM10 bilion disalurkan kepada dana teroka dan pertumbuhan seperti Dana Perintis, Dana Permaju dan Dana Impak. – Bernama


