ARTIKEL

Mohamad Sabu, KPPM, kerajaan MADANI, pembelajaran, tekanan, 2TM, beras, ayam, Jualan Agro MADANI. AMANAH
Datuk Seri Mohamad Sabu pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen baru-baru ini.

Kerajaan MADANI terus dengar suara rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan sentiasa mendengar suara rakyat dan memastikan setiap dasar yang dilaksanakan berpaksikan kepada keperluan dan kebaikan rakyat, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. 

Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan demi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam tempoh dua tahun Kerajaan MADANI memerintah.

Namun demikian, beliau mengakui terdapat ruang bagi penambahbaikan, dan kementerian pimpinannya akan terus komited untuk memperbaiki diri dan belajar.  

“Dua tahun mungkin terasa singkat tetapi ia tempoh yang penuh dengan cabaran, pembelajaran dan kejayaan.

“Kerajaan MADANI dibina atas asas perpaduan, keadilan, ketelusan dan kepedulian kepada rakyat. 

“Dalam tempoh ini, kita telah sama-sama berusaha memastikan agenda ini dilaksanakan dengan penuh rahmah dan amanah. Perjalanan kita masih jauh.

“Kerajaan MADANI bukan sekadar slogan tetapi sebuah perjuangan untuk mencipta Malaysia yang lebih baik untuk generasi sekarang dan masa depan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. 

Mohamad, yang juga Presiden AMANAH, menyeru semua pihak untuk sama-sama menjayakan agenda Malaysia MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara makmur, berdaya saing dan dihormati di mata dunia. 
 
Mengimbas usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam dua tahun ini,  Mohamad berkata 11 tindakan telah diambil.

Antaranya adalah usaha penanaman bawang secara besar-besaran bagi mengurangkan import bawang hingga 30 peratus pada 2030, meningkatkan pengeluaran nanas lebih 100 peratus daripada 800 kontena pada Januari kepada 1,727 kontena pada Oktober tahun ini. 

Ia turut meliputi eksport durian segar ke China yang dijangka menambah nilai eksport negara hingga RM1.8 bilion pada 2030, menstruktur semula subsidi ayam yang dapat menjimatkan wang rakyat hampir RM100 juta sebulan, dan bekalan serta harga ayam terus stabil hingga hari ini.

KPKM juga memperbanyak dan memperluas program Jualan Agro MADANI supaya rakyat mendapat akses bekalan makanan dengan penjimatan hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Ia juga meneruskan pemberian elaun sara hidup dan subsidi diesel kepada nelayan serta bantuan tunai bulanan melalui Skim Budi MADANI Agro Komoditi kepada petani. 

Mohamad juga merujuk kepada usaha meningkatkan jumlah bantuan Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan serta menaikkan harga lantai belian padi daripada RM1,200 per metrik tan kepada RM1,300 per metrik tan. 

KPKM juga memberikan subsidi beras import kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan bernilai RM23 juta sebulan supaya dapat membantu penduduk di wilayah ini menyerap kesan kenaikan harga beras dunia, selain memulakan reformasi padi dan beras secara besar-besaran. – BERNAMA 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU