ARTIKEL

Kerajaan pastikan semua anak Sarawak dibangunkan menjadi tenaga kerja mahir, produktif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memastikan semua anak Sarawak menerima latihan dan pendidikan yang diperlukan untuk membangunkan tenaga kerja yang mahir dan produktif.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, inisiatif itu merupakan usaha bersepadu berterusan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah dan mengurangkan kemiskinan tegar.

“Dengan kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi melalui penggunaan teknologi dan inovasi, kita akan dapat meningkatkan pendapatan isi rumah dan menghasilkan taraf hidup yang lebih tinggi di Sarawak.

“Sebagai contoh, saya telah memulakan projek perintis bagi pengeluaran beras di Lubok Punggor menggunakan hasil tinggi, anak benih padi hibrid yang disokong oleh teknologi dan infrastruktur pertanian terkini.

“Latihan Pengesahan Konsep (POC) projek ini telah menunjukkan peningkatan produktiviti dengan keupayaan untuk menghasilkan tuaian lima musim dalam masa dua tahun, dan sekali gus meningkatkan pendapatan petani kepada RM6,400 sehektar sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa inisiatif tersebut akan diperluaskan ke Tanjung Bijat di Sri Aman, Spaoh di Betong dan Tanjung Purun di Lundu.

Katanya, melalui inisiatif sedemikian, beliau yakin Sarawak bukan sahaja akan mencapai tahap sara diri yang baik, tetapi juga menjadi pengeksport beras menjelang 2030.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri