ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing (tengah) menghadiri sesi dialog bersama jurutera JBALB Bahagian Sarikei di Pusat Khidmat DUN Meradong.

Kerajaan pergiat projek naik taraf bekalan air di Meradong tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Kerajaan bakal melaksanakan beberapa projek penting untuk menaik taraf bekalan air bersih bagi kemudahan penduduk di kawasan Meradong bermula tahun ini.

Antaranya, peruntukan RM10 juta untuk melaksanakan projek penyambungan saluran paip utama dari Jalan Kelupu menuju ke Stesen Penggalak Tulai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata projek itu akan bermula pada Ogos tahun ini.

Ia dijangka mengambil masa selama 15 bulan untuk disiapkan.

“Selain itu, cadangan menaik taraf sistem retikulasi paip bandar Bintangor di bawah projek Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bernilai RM25 juta juga akan bermula Ogos,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sesi dialog bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) di sini, hari ini.

Menurutnya, projek naik taraf saluran paip air yang bernilai RM3 juta di jalan utama Kung Cheng Sungai Mador juga diluluskan.

Katanya, projek melibatkan saluran paip sepanjang 12 kilometer itu dijangka mengambil masa selama lapan bulan.

“Saya juga menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei agar membuat tinjauan masalah perparitan di Rumah Jerome, Sungai Baron, kerana halaman rumah panjang itu dibanjiri air pasang dan menyebabkan tanah runtuh baru-baru ini.

“Manakala, masalah saluran paip air di kawasan Rumah Panjang Jerome, YB Datuk akan memaklumkan kepada Menteri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak agar masalah pembinaan Lebuh Ray Pan Borneo dapat diselesaikan dengan kadar segera,” katanya.

Isu penting lain yang turut dibincangkan adalah status projek stesen penggalak Lemayong dan Fasa II Bayong berhubung isu air di kawasan Sungai Lemayong dan Jalan KJD Bintangor.

Selesai dialog, Kuong Hiing meninja perparitan yang bermasalah di Rumah Ngipa, Sungai Buloh, Bintangor.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU