ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada program ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di Kampung Orang Asli Tohor semalam.

Kerajaan Perpaduan kekal hingga tamat penggal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JELEBU: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pemimpin Kerajaan Perpaduan kekal komited meneruskan kerjasama di peringkat Persekutuan sehingga tamat penggal semasa, tanpa mengira keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata komitmen itu dibuat berdasarkan perjanjian dan resolusi gabungan, selain menegaskan ia tidak akan terjejas oleh keputusan pilihan raya negeri berkenaan.

Menurutnya, hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekal baik dan profesional, selain tiada perbezaan pendapat terhadap isu-isu utama di peringkat nasional.

Ahmad Zahid berkata keutamaan Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah mengurus serta menyelaras pelbagai isu nasional demi kepentingan rakyat dan negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Julai sebagai hari pengundian awal PRN Negeri Sembilan, manakala hari mengundi berlangsung pada 1 Ogos seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU