ARTIKEL

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan  ke atas perancangan dan pelaksanaan infrastruktur Jalan Persekutuan di Miri.

Kerajaan Persekutuan lulus RM1.2 juta untuk kerja awal bulatan GK Pujut Tiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM1.2 juta bagi pelaksanaan kerja awal Bulatan GK Pujut Tiga, untuk keselesaan orang ramai yang menggunakan laluan di kawasan itu.

Perkara itu diumumkan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika melakukan tinjauan  ke atas perancangan dan pelaksanaan infrastruktur Jalan Persekutuan di Miri, semalam.

Menurutnya, secara keseluruhan, projek yang melibatkan bulatan dengan persimpangan trafik bertanda dan melebarkan empat lorong sedia ada kepada enam laluan dua jalan itu dianggarkan bernilai RM67 juta 

“Projek ini termasuk pelaksanaan sistem lampu isyarat pintar, bagi memudahkan laluan trafik di kawasan terbabit,” katanya kepada media.

Beliau menekankan kepentingan menaik taraf Bulatan GK bagi meningkatkan kecekapan trafik di Jalan Pujut-Kuala Baram, Pujut-Miri, dan Piasau.

Ketiga-tiga jalan itu katanya, sentiasa sesak terutama pada waktu puncak berikutan reka bentuk jalan dan bulatan.

“Secara keseluruhannya, kerajaan pusat melalui kementerian saya memperuntukkan RM400,000 untuk menaik taraf dan membaiki beberapa jalan ‘hotspot’ kemalangan, dengan mengenal pasti beberapa lokasi yang kerap berlaku kemalangan di Miri,” tambahnya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chew Yew, Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man, dan Datuk Bandar Miri, Adam Yii.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU