ARTIKEL

Kerajaan Sarawak diseru peruntuk dana kecemasan kepada mangsa ribut petir Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU : Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong menyeru kerajaan Sarawak memperuntukkan dana kecemasan khas sebanyak RM10 juta bagi membantu penduduk yang terjejas akibat ribut petir di sini petang semalam.

Wong berkata meskipun tiada angka yang jelas, boleh digambarkan bahawa kejadian berkenaan menyebabkan kerugian besar kepada penduduk dengan kebanyakan mangsa kini bimbang tentang kos membaiki kediaman mereka.

“Bukan sekadar banyak pokok besar tumbang, menghalang pergerakan lalu lintas dan menjejaskan bekalan elektrik malah banyak rumah, kedai, sekolah dan sebagainya turut rosak teruk akibat ditiup angin kencang termasuk keseluruhan bumbung diterbangkan yang menyebabkan penduduk gelisah sepanjang malam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wong yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu turut menggesa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Ahli Parlimen daripada Sibu supaya mengetepikan perbezaan politik dan bekerjasama membantu penduduk terjejas di pelbagai kawasan di Sibu.

 Beliau berkata kesemua wakil rakyat itu boleh segera membentuk pasukan bersama termasuk wakil daripada Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu.

“Saya percaya ramai dalam kalangan mereka yang terjejas bimbang dan tidak terdaya. Justeru saya berharap kerajaan Sarawak bertindak sepantas mungkin dan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen dapat bertindak balas secara positif terhadap cadangan saya,” katanya.

Ribut petir berkenaan berlaku kira-kira 6 petang ketika umat Islam sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa manakala penganut Kristian dalam perjalanan ke gereja untuk menghadiri sembahyang khas sempena Minggu Suci sebelum sambutan Hari Good Friday, esok dan Easter, Ahad ini.-BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira