ARTIKEL

Kerajaan Sarawak jamin serius tangani koronavirus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus memantau secara dekat kes novel koronavirus (2019-nCoV) yang membabitkan pengunjung dan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun setakat ini belum ada keputusan positif terhadap kes yang direkodkan, Kerajaan Sarawak memandang serius untuk menangani isu berkenaan secara proaktif. “Sekarang kita masih memantau rapi akan kesan kes-kes ini.

“Seperti saya katakan, kita akan memperketatkan lagi usaha untuk memantau kedatangan pelancong walaupun setakat ini enam kes disahkan negatif,” katanya. Itu jaminan Ketua Menteri ketika mengulas perkembangan terbaharu wabak berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama kata Abang Johari, kekurangan topeng muka juga berlaku di Sarawak selepas isu novel koronavirus menjadi topik hangat.

“Ini membuktikan rakyat sedar, sekali gus mengambil langkah awal pencegahan dan faham bahawa virus itu boleh berjangkit menerusi udara,” katanya.

Tambah Abang Johari, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak kini sedang berusaha mendapatkan bekalan topeng muka yang mencukupi. “Ia juga berlaku di Semenanjung malah seluruh dunia. “Kita akan berusaha untuk menanganinya dalam masa terdekat,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road