ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing menyaksikan penyerahan projek siap naik taraf fasa pertama Kompleks Sukan Bintangor pada Isnin.

Kerajaan Sarawak Salur RM6 Juta Keseluruhan Naik Taraf Kompleks Sukan Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM6 juta secara keseluruhan bagi kerja-kerja menaik taraf Kompleks Sukan Bintangor yang merangkumi dua fasa utama untuk meningkatkan kemudahan sukan dan rekreasi masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa kedua projek itu selepas fasa pertama siap sepenuhnya.

Menurut beliau, fasa kedua akan memberi tumpuan kepada pembinaan sebuah stadium tertutup serta beberapa kerja luaran lain bagi memperkukuh prasarana sedia ada.

Katanya, fasa pertama yang melibatkan kos RM2.5 juta menumpukan kepada menaik taraf trek larian bagi memastikan ia lebih selamat, selesa dan sesuai digunakan untuk aktiviti riadah dan sukan.

“Usaha menaik taraf Kompleks Sukan Bintangor ini sebenarnya telah lama saya perjuangkan sejak bergelar wakil rakyat. Saya kerap membangkitkan perkara ini secara konsisten di Dewan Undangan Negeri (DUN).”

“Kita bersyukur usaha itu akhirnya membuahkan hasil,” katanya kepada media selepas menyaksikan majlis penyerahan projek siap di Kompleks Sukan Bintangor hari ini.

Dalam pada itu, Kuong Hiing turut mencadangkan pemasangan lampu solar di sekitar kompleks bagi meningkatkan keselamatan serta memudahkan aktiviti riadah pada waktu malam.

Tambah beliau, penggunaan lampu solar juga selaras dengan usaha ke arah penggunaan tenaga lestari dan mesra alam yang menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan tertinggi kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan peruntukan tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) yang memainkan peranan penting dalam menjayakan projek itu.

Dalam perkembangan sama, Kuong Hiing menggesa penduduk di Meradong agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan sedia ada sebelum kompleks ditutup sepanjang pelaksanaan fasa kedua.

“Kemudahan ini amat penting khususnya kepada komuniti setempat dan pihak sekolah yang sebelum ini terpaksa menggunakan fasiliti di lokasi lain untuk aktiviti sukan,” katanya.

Beliau yakin projek naik taraf itu akan memberi manfaat besar dalam meningkatkan kemudahan sukan dan rekreasi serta menyumbang kepada kesejahteraan dan gaya hidup sihat masyarakat di DUN Meradong.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan