ARTIKEL

Abang Johari (duduk, tiga dari kanan) menerima kunjungan hormat daripada UNIMAS di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Kerajaan Sarawak sokong UNIMAS tubuh kursi endowmen penyelidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi sokongan penuh kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam menubuhkan kursi endowmen penyelidikan yang dijangka memperkukuh ekosistem penyelidikan dan melonjakkan kedudukannya ke persada antarabangsa.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan persetujuan untuk mewujudkan kursi endowmen penyelidikan bagi tiga bidang utama iaitu Biodiversity Nexus, Biomedical Engineering and Bioinnovations serta penyelidikan sejarah dan ekologi Sarawak.

“Insya-Allah kita telah membuat perjumpaan tadi dan Kerajaan Sarawak pimpinan Premier akan memberi sedikit dana untuk melonjakkan kita ke peringkat antarabangsa,” katanya kepada media selepas kunjungan hormat ke atas Premier di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Menurutnya, penubuhan kursi endowmen penyelidikan itu turut merangkumi cadangan penubuhan sebuah institut baharu berkonsepkan global, futuristik dan transdisiplin.

Sementara itu, berkaitan usaha penubuhan Fakulti Undang-Undang UNIMAS, Hata berkata ia dalam peringkat pertimbangan Kerajaan Persekutuan.

Pihaknya turut memaklumkan Abang Johari berkaitan peningkatan ketara kedudukan universiti itu dalam penarafan Times Higher Education (THE) yang berjaya melonjak daripada kedudukan 401 pada 2023 ke kelompok 101–200 pada tahun ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa Majlis Konvokesyen UNIMAS akan berlangsung dari 3 hingga 6 November depan dan Abang Johari selaku Pro-Canselor UNIMAS dijadualkan hadir pada 4 November untuk meraikan para graduan.

Hata bercakap dalam sidang media.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU