ARTIKEL

Kerajaan S’wak komited bangunkan industri IKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Kerajaan Sarawak komited dalam membangunkan serta menaik taraf kemudahan untuk peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) dari semasa ke semasa.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bilangan peniaga IKS ini dilihat semakin bertambah hampir di setiap kawasan.

Oleh itu ujarnya, Kerajaan Sarawak memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan, ruang dan tempat yang bersesuaian untuk peniaga ini memasarkan hasil produk mereka.

“Sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Sarawak menyediakan prasarana serta kemudahan untuk peniaga tempatan supaya suasana selesa dapat diwujudkan bukan sahaja dalam kalangan peniaga malah pembeli.

“Sektor ini jika diuruskan dengan baik dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi setempat di samping memberi pulangan lumayan kepada peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Pembangunan Komuniti bersama Peniaga Pesta Buah-buahan 2020 di Tapak Tamu Khamis dan Jumaat, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Adun Bukit Kota berkata, antara usaha kerajaan dalam meningkatkan sektor peniaga IKS ini adalah dengan mewujudkan tapak tamu.

Katanya, kewujudan tamu bukan sahaja memudahkan urusan peniagaan dijalankan malah menjadi salah satu tarikan pelancong luar.

“Pasar tamu ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu, namun sebenarnya sudah mula dibuat sekian lama di hampir seluruh negara Asia.

“Jadi tidak hairanlah jika kita pernah berkunjung ke negara lain dan dapat melihat ia digunakan sebagai tarikan pelancong untuk datang berkunjung,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak juga mengalu-alukan kedatangan pelancong dari negara Brunei untuk sama-sama menjana pelancongan domestik tempatan.

Hadir sama Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Antonio Kahti Galis; wakil Residen Limbang Aspalela Mohd Sahmoni; Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.