ARTIKEL

BERCAKAP… Aidel bercakap kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja status terkini projek Jalan Baru Matang Fasa 2, di sini, hari ini.

Kerja-kerja naik taraf Jalan Matang Baru Fasa 2  dijangka siap Mei 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

P1: BERCAKAP… Aidel bercakap kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja status terkini projek Jalan Baru Matang Fasa 2, di sini, hari ini. 

P2: LAWATAN… Aidel (empat kanan) dan Fazzrudin (tiga kanan) ketika mengadakan lawatan ke tapak projek.

P3&P4: JALAN… kawasan jalan yang dinaik taraf melibatkan projek Jalan Matang Baru Fasa 2 dekat sini.

KUCHING: Kerja-kerja naik taraf Jalan Matang Baru Fasa 2 di sini, sudah mencapai 15.2 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei 2025.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, projek sepanjang 4.4 kilometer (km) itu bermula dari Matang Jaya ke Jalan Matang/Jalan Batu Kawa-Simpang Matang. 

Katanya, projek pembinaan jalan raya berkembar empat lorong itu juga menelan kos sebanyak RM54.59 juta.

“Projek ini sedikit popular satu masa dahulu susulan kontraktor asal ditamatkan kontrak, kerana tidak berupaya meneruskannya dan ditender semula kepada kontraktor baharu.

“Kita melihat kontraktor terkini (Mirecont Sdn Bhd) berusaha keras untuk menyiapkan projek ini, dan kemajuan fizikal sudah mencapai 15.2 peratus berbanding jadual asal sebanyak 16.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja status terkini projek Jalan Baru Matang Fasa 2, di sini, hari ini.

Untuk rekod, projek tersebut telah dilaksanakan pada 2019 mengikut jadual asal dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 penduduk yang menetap di kawasan berkenaan.

Manakala, projek tersebut telah diserahkan kepada kontraktor penyelamat yang dilantik dan tempoh pembinaan adalah selama 24 bulan iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 20 Mei 2025.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman; Jurutera Bahagian Kuching, Ir. Liew Ming Chek, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Projek), Ts. Meehan Jorai; serta wakil yang lain.

LAWATAN… Aidel (empat kanan) dan Fazzrudin (tiga kanan) ketika mengadakan lawatan ke tapak projek.
JALAN… kawasan jalan yang dinaik taraf melibatkan projek Jalan Matang Baru Fasa 2 dekat sini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU