ARTIKEL

Gambar hiasan AI

Kerjasama antarabangsa tangani jenayah siber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, berpotensi untuk memimpin usaha pembangunan diplomasi keselamatan siber di rantau ini, kata Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau menjelaskan bahawa diplomasi keselamatan siber dapat merapatkan jurang literasi digital di kalangan negara ASEAN dan memudahkan penguatkuasaan berkaitan jenayah siber.

“ASEAN boleh mewujudkan diplomasi keselamatan siber dengan memanfaatkan pengalaman Malaysia, serta membangunkan platform khusus seperti Interpol untuk menyiasat dan menangani salah laku keselamatan siber secara berkesan,” ujarnya.

Dr. Noor Nirwandy turut menekankan bahawa negara-negara Kesatuan Eropah telah mengambil langkah ke hadapan dengan membina kerangka akta yang lebih kukuh. Oleh itu, adalah penting bagi ASEAN untuk menerajui diplomasi keselamatan siber demi mencipta ekosistem internet yang lebih selamat dan memastikan kerjasama antara negara-negara ASEAN dalam menangani ancaman radikal dan subversif.

Hari Keselamatan Internet disambut pada minggu kedua bulan Februari setiap tahun di lebih 200 negara. Di Malaysia, tema sambutan tahun ini adalah ‘Kepercayaan Digital: Membina Komuniti Berdaya Tahan’.

Dr. Mohsen Mohamad Hata, Pensyarah Kanan di UiTM, menegaskan bahawa keselamatan dalam talian adalah penting kerana internet merupakan platform untuk individu berhubung dan mengakses maklumat.

“Teknologi keselamatan siber perlu lebih inovatif agar dapat bertindak sebagai benteng pertahanan terhadap serangan yang semakin kompleks,” katanya. Beliau menambah bahawa inisiatif kerajaan dalam penggubalan dan pindaan akta berkaitan keselamatan dalam talian menunjukkan bahawa negara berada di landasan yang tepat untuk memperkasakan keselamatan siber.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, menekankan bahawa literasi digital harus diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Menurutnya, pelajar boleh berfungsi sebagai penyampai maklumat kepada keluarga mengenai aplikasi dan teknologi digital berdasarkan pengetahuan yang diperoleh di dalam kelas.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat