ARTIKEL

Lee Kim Shin (tengah) diiringi Jerip (tiga dari kanan) dan Mazli (dua dari kiri) ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Depot Rembus.

Kerjasama Pastikan Depot Rembus Siap Ikut Jadual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kerjasama erat semua pihak berkepentingan menjadi faktor penting dalam memastikan pembinaan Depot Rembus, komponen utama Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dapat disiapkan mengikut jadual dan beroperasi dengan lancar.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, komunikasi yang berkesan antara Sarawak Metro dengan kontraktor projek, AIU JV, perlu terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan pembinaan berjalan dengan cekap.

Menurutnya, kerjasama melibatkan kontraktor, penyedia utiliti serta kementerian dan agensi kerajaan berkaitan juga penting bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan utiliti sepanjang pelaksanaan projek.

“Saya percaya kolaborasi yang berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan akan menyumbang kepada kejayaan penyampaian projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Depot Rembus di sini, hari ini.

Semasa lawatan itu, beliau turut diberikan taklimat perkembangan terkini projek oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa.

Mazli berkata, Sarawak Metro komited memastikan Depot Rembus dibina mengikut piawaian operasi, teknikal dan keselamatan tertinggi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU