ARTIKEL

Wakil Tetap UNDP bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Edward Vrkić. Foto UKAS

Kerjasama Sarawak, UNDP beri pulangan pelaburan signifikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama antara Sarawak dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) memberikan pulangan pelaburan yang signifikan.

Wakil Tetap UNDP bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Edward Vrkić berkata, setiap USD1 yang dilaburkan oleh Sarawak berjaya menjana USD3 melalui inisiatif bersama tersebut.

“UNDP menawarkan sumber kepakaran global dan keluasan pengalaman yang tiada tandingan,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran “Vision With Action for Biodiversity: Policy and Plan Lauch” di sini malam tadi.

Majlis disempurnakan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Edward berkata, UNDP komited untuk meneroka penyelesaian inovatif dan inklusif bagi menangani cabaran pembangunan.

“Pencapaian hari ini menggambarkan kejayaan kerjasama strategik kami, dan kami menantikan kejayaan serupa dalam dua inisiatif lain yang sedang dijalin dengan kerjasama kerajaan dan UNDP iaitu Dasar Pembangunan Bandar Sarawak serta Dasar Ekonomi Biru Sarawak,” ujarnya.

Di samping itu beliau berkata, usaha kepimpinan Sarawak menonjol dalam mengejar ketiga-tiga objektif Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD).

“UNDP berbangga kerana telah membantu Sarawak mencapai hasil yang memberangsangkan selaras dengan CBD. Sebagai contoh, kejayaan program Akses dan Pembahagian Manfaat (ABS), yang membawa kepada penciptaan produk LitSara®.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu pemeliharaan kepelbagaian biologi tetapi juga memperkasakan komuniti setempat. Ia menyediakan peluang ekonomi dan mempromosikan pengetahuan tradisional,” katanya.

Katanya, komitmen Sarawak dalam pemeliharaan kepelbagaian biologi diiktiraf dengan baik… dan UNDP tetap teguh dalam menjalin kerjasama dalam usaha ini melalui program untuk melindungi spesies ikonik seperti orang utan dan habitat mereka.

BERITA LAIN

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik